Thursday, March 24, 2011

NOTIS MAKLUMAN KEPADA EXCO KESATUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah di maklumkan bahawa Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd (selepas ini di sebut Kesatuan) akan
mengadakan perjumpaan dengan pihak Kesatuan Pekerja Pekerja Proton (selepas ini di sebut Union Proton) pada tarikh dan waktu seperti berikut :-

Tarikh : 28.03.2011
Masa : 5.30ptg
Tempat : Pejabat Union Proton
Agenda:  1. Suai Kenal dan salam persahabatan
               2. Nasihat dalam tuntutan CA
               3. Pengalaman Union Proton


Sehubungan dengan itu, pihak kesatuan ingin menjemput semua Exco Exco untuk bersama sama hadir dalam sesi perjumpaan tersebut. bagi exco exco yang ingin hadir bolehlah reply (membalas) email ini di edarunion@gmail.com

Exco exco akan berkumpul di parking A Proton Holding Berhad pada jam 5.00ptg pada tarikh tersebut.

Kepada Ketua Jabatan yang berkenaan, Di harap dapat mempertimbangkan perlepasan awal exco yang akan ke sesi perjumpaan bersama Union Proton.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment