Wednesday, May 25, 2011

Notis Pemberitahuan

TANPA PRAJUDIS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perkara Diatas adalah dirujuk, Pihak Kesatuan telahpun menghantar arahan pemotongan gaji
Ahli kesatuan kepada pihak Sumber Manusia (HR), pihak Kesatuan telah di maklumkan
bahawa pihak HR sedang menaiktaraf sistem komputer dan pemotongan yuran bulanan ahli
tidak dapat di buat sehingga di beritahu.

Sehubungan dengan itu, Pihak kesatuan akan mengutip yuran bulanan sebanyak RM 25.00
Dua puluh lima ringgit sahaja) untuk bulan Jan hingga May 2011 secara manual melalui wakil
kawasan yang telah di lantik berdasarkan senarai ahli seperti di bawah bermula 30hb May 2011.

Kutipan yuran bulanan untuk bulan Jun 2011 dan seterusnya akan dibuat setiap 25hb sebanyak
RM 5.00 (Lima ringgit sahaja) oleh wakil kawasan sehingga di beritahu kelak.

Wakil kawasan yang di lantik haruslah memasukan wang yang di kutip tersebut kedalam akaun
Kesatuan (Maybank No Acc: 562366115939) dan bukti kemasukan tersebut di faxkan kepada
Bendahari Kesatuan En Mohd Faisal Mazmin dari jabatan Akaun.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd

Monday, May 23, 2011

Makluman

Untuk Info terkini dan perkongsian maklumat sila layari Facebook Kesatuan

 
 

Sebelum Penyerahan Cadangan Perjanjian Bersama

YB Dato Shafee memberikan tunjuk ajar, dibantu oleh Cik Wati

Exco exco yang berkorban cuti untuk menyiapkan cadangan perjanjian bersama......


Latihan tubi........


Keringat dan kerahan edia........Presiden dan timbalannya



Pakar Rujukan.......Kamus dewan Bahasa dan Oxford....


    Pakar Ekonomi dan Timbalannya

              









Penyerahan Cadangan Perjanjian Bersama

Serahan dibuat pada 18hb May 2011, bertempat di pejabat Pengurus Besar Sumber Manusia Mr Innaci dass.

Face Book update....

Sunday, April 3, 2011

MEMAHAMI UNDANG UNDANG BURUH DAN PERHUBUNGAN AWAM


















































OLEH

Tuan Haji Arip Bin Haji Arip
Mantan Pengarah Perundangan
Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia.

ANJURAN

Proton Edar Sdn Bhd

PADA

29 - 30 Mac 2011













Touch N Go

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa seorang wakil kesatuan sedang berada di SVC Kota Kinabalu,
jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemuskilan atau apa sahaja hal berkaitan dengan Kesatuan,
jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengannya.

Sekian,

Kesatuan Pekerja pekerja Proton Edar Sdn Bhd.

Thursday, March 24, 2011

NOTIS MAKLUMAN KEPADA EXCO KESATUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah di maklumkan bahawa Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd (selepas ini di sebut Kesatuan) akan
mengadakan perjumpaan dengan pihak Kesatuan Pekerja Pekerja Proton (selepas ini di sebut Union Proton) pada tarikh dan waktu seperti berikut :-

Tarikh : 28.03.2011
Masa : 5.30ptg
Tempat : Pejabat Union Proton
Agenda:  1. Suai Kenal dan salam persahabatan
               2. Nasihat dalam tuntutan CA
               3. Pengalaman Union Proton


Sehubungan dengan itu, pihak kesatuan ingin menjemput semua Exco Exco untuk bersama sama hadir dalam sesi perjumpaan tersebut. bagi exco exco yang ingin hadir bolehlah reply (membalas) email ini di edarunion@gmail.com

Exco exco akan berkumpul di parking A Proton Holding Berhad pada jam 5.00ptg pada tarikh tersebut.

Kepada Ketua Jabatan yang berkenaan, Di harap dapat mempertimbangkan perlepasan awal exco yang akan ke sesi perjumpaan bersama Union Proton.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.

Tuesday, March 15, 2011

Ucapan Terima kasih kepada pihak UNI-MLC

Pihak Kesatuan Proton Edar Sdn Bhd Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato/Tuan/Saudara Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC) dan yang di hormati Puan Zelha Abdullah (Senior Project Coordinator) yang sudi hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Pengiktirafan daripada Syarikat kepada Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.



Sekitar Majlis Pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah gambar gambar di sekitar majlis tandatangan memorandum persefahaman dan Pengiktirafan dari Syarikat yang telah berlangsung.


Gambar Oleh: Bro Mus & Bro Rosli




Monday, March 14, 2011

Ucapan Tahniah daripada Pn Zelha Abdullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TAHNIAH  kepada semua exco dan ahli-ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar atas usaha keras serta berterusan dan sentiasa membina hubungan baik dan harmoni antara pekerja dengan majikan sehingga berjaya  mendapatkan Pengiktirafan dari majikan anda.

Selamat maju jaya.



Zelha Abdullah
Senior Project Coordinator
Union Network International - Malaysia
4:22 PM (57 minutes ago) 14 March 2011

Sunday, March 13, 2011

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN SILA HUBUNGI KAMI
MELALUI SALURAN DI BAWAH.

Email : edarunion@gmail.com
Hot Line 24Jam : 010 2956008

JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT AKTIVITI TERKINI KESATUAN SILA LAYARI

 
Kesemua maklumat anda akan di rahsiakan
 
Seperti yang telah di maklumkan bahawa esok 15hb March 2011, satu memorandum persefahaman dan pengiktirafan dari syarikat akan di tandatangani.

Sehubungan dengan itu, pihak kesatuan tidak dapat menjemput wakil wakil kawasan dan Ahli ahli berbayar untuk menyaksikan upacara tersebut, ini kerana upacara ini hanya perlu di hadiri oleh pihak Proton Edar Sdn Bhd dan Exco Exco Kesatuan sahaja.

InsyaAllah, Pihak Kesatuan dengan rendah dirinya akan menjemput Wakil wakil kawasan dan Ahli ahli berbayar untuk menyaksikan majlis menandatangani CA pada tarikh yang akan di tetapkan dan akan di beritahu melalui email.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd

( Kesemua Exco akan memakai baju hitam 25tahun Proton pada hari tersebut...jika ada yang menyokong pihak kami amat mengalu galukannya)
NOTIS PEMBERITAHUAN.

Adalah di maklumkan pada 15 March 2011 pihak kesatuan akan menandatangani memorandum kesefahaman dan pengiktirafan daripada Proton Edar Sdn Bhd kepada Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.

Dengan itu pada tarikh tersebut, dengan rasminya Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd akan dapat menjalankan tanggungjawab dan hidmatnya dengan lancar.

Oleh itu ribuan terima kasih kepada semua Ahli ahli berbayar, Exco Exco, wakil kawasan dan juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi sokongan yang padu dan sepenuh kepercayaan kepada kakitangan Kesatuan yang di lantik.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd

Saturday, January 1, 2011

Seminar Kesatuan Sekerja Malaysia

Assalamualaikum..
Pada tanggal 1 Desember yang lepas,Kesatuan Pekerja-pekerja Proton Edar telah menerima jemputan untuk menghadiri seminar kesatuan pekerja yang di anjurkan oleh pihak UNI-Global..
hampir 100 wakil dari pelbagai kesatuan telah menghadiri seminar tersebut..
berikut adalah beberapa candid yang sempat dirakam semasa seminar tersebut berlansung..