Thursday, March 24, 2011

NOTIS MAKLUMAN KEPADA EXCO KESATUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah di maklumkan bahawa Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd (selepas ini di sebut Kesatuan) akan
mengadakan perjumpaan dengan pihak Kesatuan Pekerja Pekerja Proton (selepas ini di sebut Union Proton) pada tarikh dan waktu seperti berikut :-

Tarikh : 28.03.2011
Masa : 5.30ptg
Tempat : Pejabat Union Proton
Agenda:  1. Suai Kenal dan salam persahabatan
               2. Nasihat dalam tuntutan CA
               3. Pengalaman Union Proton


Sehubungan dengan itu, pihak kesatuan ingin menjemput semua Exco Exco untuk bersama sama hadir dalam sesi perjumpaan tersebut. bagi exco exco yang ingin hadir bolehlah reply (membalas) email ini di edarunion@gmail.com

Exco exco akan berkumpul di parking A Proton Holding Berhad pada jam 5.00ptg pada tarikh tersebut.

Kepada Ketua Jabatan yang berkenaan, Di harap dapat mempertimbangkan perlepasan awal exco yang akan ke sesi perjumpaan bersama Union Proton.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.

Tuesday, March 15, 2011

Ucapan Terima kasih kepada pihak UNI-MLC

Pihak Kesatuan Proton Edar Sdn Bhd Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato/Tuan/Saudara Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC) dan yang di hormati Puan Zelha Abdullah (Senior Project Coordinator) yang sudi hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Pengiktirafan daripada Syarikat kepada Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.



Sekitar Majlis Pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah gambar gambar di sekitar majlis tandatangan memorandum persefahaman dan Pengiktirafan dari Syarikat yang telah berlangsung.


Gambar Oleh: Bro Mus & Bro Rosli




Monday, March 14, 2011

Ucapan Tahniah daripada Pn Zelha Abdullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TAHNIAH  kepada semua exco dan ahli-ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar atas usaha keras serta berterusan dan sentiasa membina hubungan baik dan harmoni antara pekerja dengan majikan sehingga berjaya  mendapatkan Pengiktirafan dari majikan anda.

Selamat maju jaya.



Zelha Abdullah
Senior Project Coordinator
Union Network International - Malaysia
4:22 PM (57 minutes ago) 14 March 2011

Sunday, March 13, 2011

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN SILA HUBUNGI KAMI
MELALUI SALURAN DI BAWAH.

Email : edarunion@gmail.com
Hot Line 24Jam : 010 2956008

JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT AKTIVITI TERKINI KESATUAN SILA LAYARI

 
Kesemua maklumat anda akan di rahsiakan
 
Seperti yang telah di maklumkan bahawa esok 15hb March 2011, satu memorandum persefahaman dan pengiktirafan dari syarikat akan di tandatangani.

Sehubungan dengan itu, pihak kesatuan tidak dapat menjemput wakil wakil kawasan dan Ahli ahli berbayar untuk menyaksikan upacara tersebut, ini kerana upacara ini hanya perlu di hadiri oleh pihak Proton Edar Sdn Bhd dan Exco Exco Kesatuan sahaja.

InsyaAllah, Pihak Kesatuan dengan rendah dirinya akan menjemput Wakil wakil kawasan dan Ahli ahli berbayar untuk menyaksikan majlis menandatangani CA pada tarikh yang akan di tetapkan dan akan di beritahu melalui email.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd

( Kesemua Exco akan memakai baju hitam 25tahun Proton pada hari tersebut...jika ada yang menyokong pihak kami amat mengalu galukannya)
NOTIS PEMBERITAHUAN.

Adalah di maklumkan pada 15 March 2011 pihak kesatuan akan menandatangani memorandum kesefahaman dan pengiktirafan daripada Proton Edar Sdn Bhd kepada Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.

Dengan itu pada tarikh tersebut, dengan rasminya Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd akan dapat menjalankan tanggungjawab dan hidmatnya dengan lancar.

Oleh itu ribuan terima kasih kepada semua Ahli ahli berbayar, Exco Exco, wakil kawasan dan juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi sokongan yang padu dan sepenuh kepercayaan kepada kakitangan Kesatuan yang di lantik.

Sekian,

Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd