Thursday, September 30, 2010

salam perjuangan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kepada semua Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd seluruh Malaysia.

Pada 25hb Sept 2010 Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar telah mengadakan Mesyuarat Dwi-Tahunan yang ke-2 sessi 2009-2011, bertempat di Restoran Syed Kadir Sdn Bhd, No 53, SS19/6. 47500 Subang Jaya Selangor. Majlis yang bermula pada jam 3.30ptg yang mendapat sambutan dan sokongan yang luar biasa ini telah di hadiri lebih kurang 250 orang. Walaupun di iringi hujan lebat, ianya tidak mematahkan semangat ahli untuk menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Kehadiran yang menggalakkan ini menunjukkan komitmen yang tinggi di kalangan ahli untuk menjayakan objektif organisasi itu sendiri.


Alhamdulillah, berkat sokongan dan usaha ahli-ahli kesatuan dan AJK AJK Penanja, mesyuarat telah berjalan lancar. Di dalam mesyuarat kali ini, proses pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2009-2011 telah berjalan dengan harmoni dan berhemah. Tahniah di ucapkan kepada AJK yang telah di lantik dan di harap agar AJK yang di lantik akan dapat menjalankan tugas dengan lebih telus dan berusaha lebih gigih dalam memastikan objektif dan matlamat kesatuan dapat dicapai. Harus di ingatkan bahawa jawatan yang di sandang bukanlah untuk kebanggaan peribadi atau untuk bertujuan menunjuk nunjuk kehebatan sesiapa, tetapi ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh AJK. Jesteru itu, AJK yang telah dipilih dan diamanahkan oleh Ahli ahli Kesatuan, harus menggalas amanah yang telah di berikan dengan menjalankan dan meningkatkan usaha memantapkan dan memperkasakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.


Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UNI Malaysian Liaison Council (UNI-MLC) dari Bgn.PSM, No.17B, 1st Floor, Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur, terutamanya yang dihormati Saudara Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC) dan yang dihormati Puan Zelha Abdullah (Senior Project Coordinator) yang sudi hadir bagi memberikan tunjuk ajar, sokongan dan berbagai bantuan tanpa jemu bermula dari awal penubuhan hingga kini.


AJK dan ahli Kesatuan juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Pengurusan Proton Edar dan Jabatan Sumber Manusia (HR) Proton Edar Sdn Bhd, yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk memantapkan perjalanan Kesatuan ini. Kejayaan kesatuan menganjurkan mesyuarat kali ini adalah atas sokongan dan panduan yang telah diberi oleh pihak syarikat selama penubuhan kesatuan ini. Diharapkan kerjasama baik antara pihak kesatuan dan syarikat ini akan berkekalan dalam usahasama yang akan datang.

Adalah menjadi harapan Kesatuan semoga komitmen dan kerjasama ahli yang ditunjukkan dalam mesyuarat kali ini akan digalurkan kepada perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kesatuan. Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar ini masih hijau dan langkah kita baru bermula. Kejayaan pasti akan tercapai dengan perpaduan yang mantap di kalangan ahli, di samping perencanaan idea yang berterusan dari segenap lapisan ahli dari seluruh Malaysia. Diharapkan semua ahli dapat memberi sokongan dan kerjasama yang baik kepada AJK yang telah dilantik, dan diharapkan AJK dapat memberikan komitmen 100% bagi membantu ahli-ahli kesatuan. AJK yang dilantik adalah wajah dan suara kepada ahli kesatuan yang lain, jadi pikullah amanah itu dengan sebaiknya.

Akhir kata, Kesatuan ini ditubuhkan sebagai satu wadah untuk memperjuangkan hak serta kesejahteraan ahli kesatuan di samping sebagai agen pengubah ke arah penambahbaikan budaya kerja ahli. Haruslah di ingatkan, apa yang penting ialah matlamat tidak seharusnya menghalalkan cara. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjayakan objektif kesatuan ini dengan modus operandi yang berhemah, berintegriti dan penuh kebijaksanaan.


Sekian,


Mohd Sukri Abd Rahman.