Tuesday, November 2, 2010

Info untuk Kakitangan Sales.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adalah di maklumkan bahawa Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd telah berjaya di tubuhkan di bawah sekyen 12 (1) akta Kesatuan 1959 dan nombor pendaftaranya ialah 989, sehingga kini kesatuan telah menerima dan meluluskan permohonan keahlian Kesatuan berjumlah 50% dari jumlah pekerja bukan executive di seluruh semenanjung, permohonan masih lagi dibuka dan pihak kesatuan masih lagi menerima borang borang keahlian sama ada secara pos berkumpulan atau penghantaran terus.

Semua pekerja bukan executive layak menjadi ahli Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd kecuali Sales Personel (Juru Jual) dan pekerja Proton Edar Sdn Bhd (PESB) di Sabah dan Sarawak, ini kerana pihak pengurusan  PESB tidak membenarkan dan tidak akan mengiktiraf Kesatuan Proton Edar Sdn Bhd jika pekerja Juru Jual turut menjadi ahli kesatuan, ini akan merumitkan lagi keadaan kerana walaupun sesebuah kesatuan telah di daftarkan tetapi masih tidak boleh berfungsi dengan berkesan tanpa pengiktirafan daripada majikan, manakala pekerja PESB di Sabah dan Sarawak mempunyai perbezaan akta dan aturcara kerja yang berlainan, walau bagaimana pun pihak kesatuan tidak akan sesekali mengabaikan hak dan kebajikan pekerja pekerja PESB di Sabah dan Sarawak.

Antara ketegori pekerja (Pusat Jualan) yang layak menjadi ahli kesatuan di seluruh semenanjung ialah :-

  1. Kerani (semua Gred)
  2. Admin Assistant (semua Gred)
  3. Admin Support  (semua Gred)
  4. Account Admin Support (semua gred)
  5. CRA ( Customer Relations Assistant ) semua gred
  6. Driver (tetap)
  7. Receptionist
  8. Stock Supervisor

Kepada yang masih belum menjadi ahli Kesatuan Proton Edar Sdn Bhd boleh mengisi borang kesatuan yang di lampirkan, bayaran pendaftaran sebanyak RM3.00 dan yuran bulanan sebanyak RM 5.00 (Jumlah RM8.00)  haruslah di sertakan bersama borang permohonan dan dihantar kepada AJK yang telah di lantik.


Sekian,


Mohd Sukri Abd rahman
Presiden
Persatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd

Monday, October 18, 2010

mencipta logo dan tema Kesatuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah di maklumkan bahawa pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd masih belum mempunyai sebarang logo dan tema kesatuan, oleh itu pihak Kesatuan mengalu alukan semua ahli-ahli yang creative untuk mencipta logo dan tema Kesatuan.

Ini bukanlah satu pertandinggan yang membolehkan pemenang menerima hadiah tetapi hasil kreativiti anda akan di gunakan sepanjang perjalanan dan aktiviti Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi.

Syarat syarat penyertaan adalah seperti berikut:-

  1. Terbuka kepada semua ahli Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd yang berbayar.
  2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (tidak melebihi tiga orang) adalah digalakan.
  3. Peserta hendaklah memastikan kesemua tema dan reka bentuk logo dan tema yang di cipta adalah asli.
  4. Tidak melambangkan mana mana parti politik
  5. Tidak menghina mana mana Jabatan,Syarikat, Agama dan orang perseorangan.
  6. Tidak Menyerupai atau di tiru dari mana mana logo dan tema di Malaysia, luar Negara atau laman Web.
  7. Tidak menyerupai Binatang, Matawang dan lambang keagamaan,
  8. Warna Logo dan Tema tidak melebihi 4 warna.
  9. Dengan kuasa Executive Presiden dan Exco Exco berhak untuk menukar logo dan tema yang telah digunakan jika terdapat sebarang ketidakpusan hati, tuntutan dan mana mana keadaan yang boleh memudaratkan Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd dan Ahli ahlinya pada bila bila masa yang difikirkan perlu
  10. Nombor,Huruf dan tulisan yang berkaitan Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd di benarkan.
  11. Tiada Hadiah atau majlis besar besaran bagi pemenang, Saguhati akan di berikan mengikut budi bicara Presiden dan Exco-Exco yang akan di putuskan di dalam mesyuarat yang akan di tetapkan.
  12. Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga keatas hak cipta reka bentuk logo dan tema tersebut.
  13. Pereka atau kumpulan pencipta logo dan tema tidak boleh menuntut sebarang royalty ataupun apa apa bayaran berbentuk imbuhan bagi logo dan tema yang terpilih.
  14. Pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd berhak mengunakan logo yang terpilih untuk sebarang urusan rasmi atau tidak rasmi, Media, bank, Mahkamah, Polis dan apa jua urusan yang di fikirkan sesuai.
  15. Setiap penyertaan logo yang di terima tidak akan dipulangkan dan menjadi hak milik Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.
  16. Pihak kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar mempunyai hak mengunakan logo dan tema yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek Kesatuan.
  17. Setiap penyertaan yang di lukis mengunakan computer atau tangan atau alatan lukisan mestilah mengunakan kertas ukuran A4, tiada size yang di peruntukan untuk logo dan haruslah di sertakan bersama soft copy.
  18. Setiap penyertaan hendaklah sampai ke email atau  alamat di bawah dan di terima pada atau sebelum 30 November 2010 jam 5.30 petang.


UNTUK PERHATIAN : MOHD FAIZAL HASAN
                            : ROSLI BIN YAACOB

Centre Of Excellence Complex,
Proton Edar Sdn Bhd,
1st Floor, KM 33.8, Westbound Shah Alam Expressway,
47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 603 8026 9951
Sila sampaikan kepada yang tidak mempunyai kemudahan email

Friday, October 15, 2010

candid










candid semasa mesyuarat AGM persatuan..

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 2

Pada tanggal 25 September yang lalu..
Telah tercipta lembaran baru bagi persatuan dimana telah berlansungnya satu Mesyuarat Agung Dua Tahunan Yang Ke 2, 2009-2011 bagi kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd..
Majlis yang pada asalnya dijadualkan di vanue Dewan Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ , tetapi telah di tukar lokasi di saat akhir oleh pihak penaja..
Ini adalah kerana piahak penaja menjangka tidak akan berlaku kehadiran yang ramai memandangkan ketika itu masih ramai ahli yg bercuti sempena perayaan Aidilfitri..
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya , seramai kira-kira 200 ahli telah menghadirkan diri.. Dengan kehadiran yang diluar jangka telah menyebabkan,hanya perwakilan sahaja yang dibenarkan untuk berada di aras 1 tempat berlansungnya mesyuarat tersebut.Berikut adalah detik-detik yang sempat dirakam lensa kamera semasa majlis berlansung..


Barisan ahli yg baru dilantik untuk menerajui persatuan

antara perwakilan yang sedang kusyuk mendengar ucapan

Saudara Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC)

Puan Zelha Abdullah (Senior Project Coordinator) yang sudi hadir bagi memberikan tunjuk ajar 
Ucapan dari Saudara Mohamed Shafie BP Mammal  
Ucapan dari En Mohd Sukri Abd Rahman.Presiden
Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd

sebahagian perwakilan bergambar kenangan bersama exco baru

barisan lengkap yang akan menerajui perjuangan

new updates

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 11.10.10 jam 10.30pagi, Wakil Kesatuan Pekerja Proton Edar Sdn Bhd yang terdiri dari Tuan Presiden En Sukri Abd rahman, Timbalan Presiden Mohd Faizal Hasan, Setiausah Cik Wan Norbayani (yani) dan Bendahari En Faisal Mazmin telah menghadiri mesyuarat bersama Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan, Turut mengiringi Pihak Kesatuan ialah Puan Zelha dari pihak UNI.


butir- butir mengenai mensyuarat tersebut akan diwar-warkan kelak

Thursday, September 30, 2010

salam perjuangan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kepada semua Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd seluruh Malaysia.

Pada 25hb Sept 2010 Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar telah mengadakan Mesyuarat Dwi-Tahunan yang ke-2 sessi 2009-2011, bertempat di Restoran Syed Kadir Sdn Bhd, No 53, SS19/6. 47500 Subang Jaya Selangor. Majlis yang bermula pada jam 3.30ptg yang mendapat sambutan dan sokongan yang luar biasa ini telah di hadiri lebih kurang 250 orang. Walaupun di iringi hujan lebat, ianya tidak mematahkan semangat ahli untuk menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Kehadiran yang menggalakkan ini menunjukkan komitmen yang tinggi di kalangan ahli untuk menjayakan objektif organisasi itu sendiri.


Alhamdulillah, berkat sokongan dan usaha ahli-ahli kesatuan dan AJK AJK Penanja, mesyuarat telah berjalan lancar. Di dalam mesyuarat kali ini, proses pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2009-2011 telah berjalan dengan harmoni dan berhemah. Tahniah di ucapkan kepada AJK yang telah di lantik dan di harap agar AJK yang di lantik akan dapat menjalankan tugas dengan lebih telus dan berusaha lebih gigih dalam memastikan objektif dan matlamat kesatuan dapat dicapai. Harus di ingatkan bahawa jawatan yang di sandang bukanlah untuk kebanggaan peribadi atau untuk bertujuan menunjuk nunjuk kehebatan sesiapa, tetapi ianya adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh AJK. Jesteru itu, AJK yang telah dipilih dan diamanahkan oleh Ahli ahli Kesatuan, harus menggalas amanah yang telah di berikan dengan menjalankan dan meningkatkan usaha memantapkan dan memperkasakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.


Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UNI Malaysian Liaison Council (UNI-MLC) dari Bgn.PSM, No.17B, 1st Floor, Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur, terutamanya yang dihormati Saudara Mohamed Shafie BP Mammal (Presiden UNI-MLC) dan yang dihormati Puan Zelha Abdullah (Senior Project Coordinator) yang sudi hadir bagi memberikan tunjuk ajar, sokongan dan berbagai bantuan tanpa jemu bermula dari awal penubuhan hingga kini.


AJK dan ahli Kesatuan juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Pengurusan Proton Edar dan Jabatan Sumber Manusia (HR) Proton Edar Sdn Bhd, yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk memantapkan perjalanan Kesatuan ini. Kejayaan kesatuan menganjurkan mesyuarat kali ini adalah atas sokongan dan panduan yang telah diberi oleh pihak syarikat selama penubuhan kesatuan ini. Diharapkan kerjasama baik antara pihak kesatuan dan syarikat ini akan berkekalan dalam usahasama yang akan datang.

Adalah menjadi harapan Kesatuan semoga komitmen dan kerjasama ahli yang ditunjukkan dalam mesyuarat kali ini akan digalurkan kepada perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kesatuan. Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar ini masih hijau dan langkah kita baru bermula. Kejayaan pasti akan tercapai dengan perpaduan yang mantap di kalangan ahli, di samping perencanaan idea yang berterusan dari segenap lapisan ahli dari seluruh Malaysia. Diharapkan semua ahli dapat memberi sokongan dan kerjasama yang baik kepada AJK yang telah dilantik, dan diharapkan AJK dapat memberikan komitmen 100% bagi membantu ahli-ahli kesatuan. AJK yang dilantik adalah wajah dan suara kepada ahli kesatuan yang lain, jadi pikullah amanah itu dengan sebaiknya.

Akhir kata, Kesatuan ini ditubuhkan sebagai satu wadah untuk memperjuangkan hak serta kesejahteraan ahli kesatuan di samping sebagai agen pengubah ke arah penambahbaikan budaya kerja ahli. Haruslah di ingatkan, apa yang penting ialah matlamat tidak seharusnya menghalalkan cara. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjayakan objektif kesatuan ini dengan modus operandi yang berhemah, berintegriti dan penuh kebijaksanaan.


Sekian,


Mohd Sukri Abd Rahman.