Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adalah di maklumkan bahawa pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd masih belum mempunyai sebarang logo dan tema kesatuan, oleh itu pihak Kesatuan mengalu alukan semua ahli-ahli yang creative untuk mencipta logo dan tema Kesatuan.
Ini bukanlah satu pertandinggan yang membolehkan pemenang menerima hadiah tetapi hasil kreativiti anda akan di gunakan sepanjang perjalanan dan aktiviti Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi.
Syarat syarat penyertaan adalah seperti berikut:-
- Terbuka kepada semua ahli Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd yang berbayar.
- Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (tidak melebihi tiga orang) adalah digalakan.
- Peserta hendaklah memastikan kesemua tema dan reka bentuk logo dan tema yang di cipta adalah asli.
- Tidak melambangkan mana mana parti politik
- Tidak menghina mana mana Jabatan,Syarikat, Agama dan orang perseorangan.
- Tidak Menyerupai atau di tiru dari mana mana logo dan tema di Malaysia, luar Negara atau laman Web.
- Tidak menyerupai Binatang, Matawang dan lambang keagamaan,
- Warna Logo dan Tema tidak melebihi 4 warna.
- Dengan kuasa Executive Presiden dan Exco Exco berhak untuk menukar logo dan tema yang telah digunakan jika terdapat sebarang ketidakpusan hati, tuntutan dan mana mana keadaan yang boleh memudaratkan Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd dan Ahli ahlinya pada bila bila masa yang difikirkan perlu
- Nombor,Huruf dan tulisan yang berkaitan Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd di benarkan.
- Tiada Hadiah atau majlis besar besaran bagi pemenang, Saguhati akan di berikan mengikut budi bicara Presiden dan Exco-Exco yang akan di putuskan di dalam mesyuarat yang akan di tetapkan.
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga keatas hak cipta reka bentuk logo dan tema tersebut.
- Pereka atau kumpulan pencipta logo dan tema tidak boleh menuntut sebarang royalty ataupun apa apa bayaran berbentuk imbuhan bagi logo dan tema yang terpilih.
- Pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Edar Sdn Bhd berhak mengunakan logo yang terpilih untuk sebarang urusan rasmi atau tidak rasmi, Media, bank, Mahkamah, Polis dan apa jua urusan yang di fikirkan sesuai.
- Setiap penyertaan logo yang di terima tidak akan dipulangkan dan menjadi hak milik Kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar Sdn Bhd.
- Pihak kesatuan Pekerja Pekerja Proton Edar mempunyai hak mengunakan logo dan tema yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek Kesatuan.
- Setiap penyertaan yang di lukis mengunakan computer atau tangan atau alatan lukisan mestilah mengunakan kertas ukuran A4, tiada size yang di peruntukan untuk logo dan haruslah di sertakan bersama soft copy.
- Setiap penyertaan hendaklah sampai ke email atau alamat di bawah dan di terima pada atau sebelum 30 November 2010 jam 5.30 petang.
Email : edarunion@gmail.com
UNTUK PERHATIAN : MOHD FAIZAL HASAN
: ROSLI BIN YAACOB
: ROSLI BIN YAACOB
Centre Of Excellence Complex,
Proton Edar Sdn Bhd,
1st Floor, KM 33.8, Westbound Shah Alam Expressway,
47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603 8026 9951
Sila sampaikan kepada yang tidak mempunyai kemudahan email
No comments:
Post a Comment